Sumber Inspirasi Semasa

Just another WordPress.com weblog

Projek 3P

Hari ini, tanggal 26 September 2008 menyaksikan pertembungan antara Parti Keadilan Rakyat dengan calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang calon Parti Barisan Nasional, Datuk Ariff Shah Omar Shah dalam pilihanraya kecil bagi merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Hari ini digambarkan seolah-olah suatu ‘judgement day’ bagi seluruh rakyat Malaysia bagi menentukan halatuju Malaysia, dan samada Malaysia ini akan dipimpin oleh BN atau Pakatan Rakyat kelak.

Pada pilihanraya kecil ini juga penentu samada projek 3P- Permatang Pauh, Parlimen, Putrajaya – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sukses atau sebaliknya. Ramai pemerhati menganggap situasi ini adalah ‘Do or Die’ bagi Anwar Ibrahim, dimana jika beliau berjaya, maka kemungkinan besar projek 3P beliau akan berjaya, dan jika sebaliknya berlaku, kemungkinan karier politik beliau dijangkakan akan terkubur selamanya.

Media arus perdana terus memainkan peranannya sebagai penglipur-lara BN dalam mencanang keburukan peribadi Calon PKR itu. Namun, segala keputusan kelak bukannya ditentukan oleh Media dan penguasa atasan BN. Tetapi, ia ditentukan oleh RAKYAT! Rakyat yang menetukan samada Anwar masih relevan dalam kancah arena politik negara atau BN yang sudah tidak relevan dalam memperjuangkan hak rakyat.

Peranan media massa yang dikuasai BN berterusan menyentuh hal peribadi calon PKR itu. Sebaliknya berlaku pada setiap ceramah Anwar dimana beliau menyatakan halatuju dan perubahan positif yang akan dibawa beliau kelak.

Sama-sama kita nantikan keputusan yang akan diumumkan pada malam ini. Saya pasti seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan berdebar-debar bagi mengetahui keputusan pihanraya kecil ini.

p/s: Bagi mengetahui perkembangan semasa di Kaw. Parlimen P44- Permatang Pauh, sila layari laman blog Sdr. Hishamuddin Rais.

http://tukartiub.blogspot.com

 

ahlifiQir

Ogos 26, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , | No Comments Yet

Bala tarik balik akuan berkanun
Jul 4, 08 11:18am
Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.

Semalam, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Tetapi hari ini beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru, yang diumumkannya hari ini.

“Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama,” katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.

Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib- Malaysiakini.

Pada 3 Julai Malaysia dikejutkan oleh Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam, seorang bekas anggota polis yang kemudiannya diambil bekerja sebagai penyiasat persendirian suspek utama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda.

Namun pada hari ini (4 Julai 2008), sekali lagi bekas penyiasat persendirian ini melakukan sesuatu tindakan yang agak menggemparkan dimana beliau secara terangan menarik balik akuan bersumpah yang disiarkan kepada umum semalam dimana ia difailkan pada 1 Julai 2008 atas alasan beliau berada dalam keadaan dipaksa semasa melakukan akuan bersumpah tersebut.  Oleh itu, dia akan menarik semula akuan bersumpah yang pertama dan akan digantikan dengan yang baru kelak.

Disini, wai’ma apa pun alasan diberikan oleh P. Balasubramaniam, hakikatnya akuan bersumpah pertama telah dikeluarkan olehnya dan telah diketahui umum. Adakah rakyat akan mempercayai akuan bersumpah kedua yang akan dibuat kelak? Adakah rakyat percaya bahawa dia tidak dipaksa semasa mengarang akuan bersumpah yang baru ini?

Nampaknya senario politik tuduh-menuduh di Malaysia ini menjadi semakin menarik dan berwarna-warni..Mungkin akuan bersumpah ini adalah trend baru bagi menggantikan surat layang..Haha! 8)

Sama-sama kita saksikan kesudahan telenovela terbaru ini…

Julai 4, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , , | No Comments Yet

Program Rapat Umum Pakatan Rakyat, Shah Alam- 1 Julai 2008

Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillahirobil’alamin, Was’solatuwasalamu’ala ashrofil anbia’iwalmursalin, Saiyidina Muhammadiwwa’ala alihi Wasohbihi ajmai’n.
 
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah Ta’ala, dengan limpahan rezeki dan kurnia-Nya dapat sedikit sebanyak saya kongsikan dengan anda tentang apa yang berlaku pada malam semalam (1 Julai 2008) di Stadium Malawati, Shah Alam.
 
Kira-kira jam 4 petang semalam saya dimaklumkan melalui beberapa rakan, laman web dan blog tentang kemunculan pertama Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dalam majlis ceramah perdana selepas pertuduhan terbaru terhadap beliau baru-baru ini. Dan Alhamdulillah, saya dan seorang sahabat berjanji bersama dan telah berjaya hadir ke Ceramah Perdana Pakatan Rakyat tersebut.
 
Lebih kurang jam 9 malam, saya dan sahabat C.Roslan Abdullah tiba di perkarangan tempat letak kereta yang menyaksikan ribuan kenderaan bersesak-sesak memasuki kawasan tesebut. Kesesakan lalulintas telah bermula sebelum persimpangan masuk ke stadium atau lebih tepat saya katakan kesesakan ini bermula di sebuah apartment ‘Brunsfield’ yang terletak betul-betul di simpang luar menuju ke Stadium Malawati. Saya dan sahabat merasa agak kagum dengan sambutan yang diterima Pakatan Rakyat walhal tempoh pengumuman mengenai ceramah ini hanya dikeluarkan pada masa kurang 5 jam sahaja.
 
Didalam stadium juga menyaksikan puluhan ribu lautan manusia yang hadir. Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan kehadiran orang ramai mencecah 100,000 orang, tetapi berani saya nyatakan bahawa jumlah hadirin dan hadirat yang hadir pada malam tersebut tidak kurang dari 20,000. Dan yang lucunya, sekali lagi akhbar Utusan dan TV3 telah gagal membuat kira-kira anggaran terhadap kehadiran penyokong pada malam itu apabila mereka nyatakan bahawa kehadiran hanya sekitar 7,000 hingga 10,000 orang sahaja. Diharap selepas ini pihak TV3 dan Utusan dapat mengambil pekerja yang bijak ilmu hisab, Haha! Senario ini merupakan satu jumlah yang amat memberangsangkan bagi satu majlis yang undangannya dikeluarkan dalam tempoh singkat tanpa sebarang insentif seperti perkhidmatan bas, wang saku, makanan dan minuman diberikan. Inilah dinamakan perjuangan ikhlas. Inilah dinamakan kuasa rakyat. Rakyat yang berhak menentukan majlis apa yang mereka patut hadir dan sebaliknya.
 
Ceramah telah dimulakan pada jam 9.00 malam. Sebagai pembukaan, ahli Parlimen Subang Jaya yang juga Naib Preseiden Parti KeADILan Rakyat, YB Sivarasa membawa seluruh hadirin mengimbau kembali peristiwa yang sama pertuduhannya pada hari ini dimana ia telah berlaku 10 tahun yang lalu. Gambar Dato’ Seri Anwar semasa didalam tahanan dengan lebam disekitar mata, gambar-gambar protes rakyat semasa 1998 juga ditayangkan semula.
 
Selepas kira-kira 45 minit kemudian, ucapan diserahkan pula kepada Naib Presiden Parti keADILan Rakyat yang juga ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali. Azmin secara terang-terangan mendakwa bahawa terdapat konspirasi politik murahan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri, isterinya, Ketua Polis Negara, Hakim Negara dan penuduh yang mendakwa diliwat oleh Dato’ Seri Anwar. Dakwa beliau lagi, pertuduhan terdesak ini tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dalam proses pengambilalihan pemerintahan persekutuan dan juga ingin menafikan hak Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang mana ia sepatutnya diumumkan pada tarikh 1 Julai 2008. Namun dengan kehadiran pertuduhan baru ini, Dato’ Seri Anwar terpaksa menganjakkan sedikit tempoh pengumuman ini pada satu masa yang dianggap sesuai bagi beliau.
 
Sedang ucapan YB Azmin Ali berlangsung, kemunculan Dato’ Seri Anwar Ibrahim disambut dengan sorakan dan tepukan yang sungguh gemuruh oleh seluruh hadirin. Sorakan Reformasi! kedengaran riuh dilaungkan oleh segenap masyarakat disitu, Masyarakat Melayu melungkan Takbir! Allahu Akbar!, masyarakat India khususnya melaungkan laungan azimat mereka Makkal Shakti!  dan tidak kurang juga harapan yang dipertaruhkan oleh masyarakat cina pada malam itu dengan menyokong laungan Hidup Anwar!
 
Sejurus selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim naik ke atas pentas, melodi lagu kebangsaan dimainkan. Sekali lagi bergema Stadium Malawati dek kerana nyanyian lagu Negaraku yang penuh semangat oleh hadirin, sesekali mendatangkan sedikit raut wajah sebak pada Dato Seri Anwar. Seraya itu, lagu Parti keADILan pula dinyanyikan.
 
Membujur Lalu, Melintang Patah, Keadilan Untuk Malaysia…..
Sejurus lagu Parti Keadilan Rakyat dinyanyikan, laungan Reformasi! sebanyak 3 kali kedengaran kembali oleh penyokong Pakatan Rakyat.
 
Dato’ Seri Anwar yang tampak segak dan yakin memulakan hujahan beliau yang berjaya memukau hampir seluruh warga hadirin malam itu. Beliau menyatakan bahawa implementasi korup oleh pemerintah-pemerintah atasan negara dalam sistem pentadbiran negara telah menyebabkan sistem perundangan dan badan kehakiman serta tidak ketinggalan PDRM menjadi robah dan tidak telus dalam menjalankan siasatan di negara ini terutamanya kes beliau pada 1998.
 
Difahamkan, wujud konspirasi yang bersungguh-sungguh mahukan beliau tunduk dan rebah kepada setiap fitnah yang dilemparkan. Namun, seperti yang rakyat Malaysia sedia arif, Dato’ Seri Anwar bukanlah individu yang hanya mahu berduduk diam setelah dikeji dan difitnah, namun sebaliknya semangatnya beliau untuk bangkit semakin membuak-buak. Beliau menafikan sekeras-kerasnya pendakwaan terhadap beliau dan menganggap cerita baru mengikut skrip lapok ini telah direkayasa oleh puak-puak pihak pemerintah yang busuk hati terhadap kemaraan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat menuju kepada proses pengambilalihan tampok pemerintahan persekutuan kelak. Beliau juga mengingatkan seluruh hadirin bahawa dirinya sedikit pun tidak gusar dengan tohmahan bertalu-talu ini dari pihak penuduh dan media, sebaliknya mengajak seluruh warga Malaysia agar berdoa kehadhrat Allah Ta’ala supaya ditunjukkan kebenaran. Insha-Allah.
 
Dato’ Seri Anwar juga mengulangi prinsip beliau bahawa jika ditakdirkan Allah bahawa Malaysia ini akan ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau tidak akan tunduk kepada permintaan yang dianggap merapu oleh pihak luar. Beliau akan pertahankan kepentingan kaum majoriti negara, Melayu khususnya dan berjanji akan menjaga dan pertahan segala perlembagaan kepentingan orang Melayu yang sedia ada. Dan dalam masa yang sama, mengangkat martabat kaum lain, kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Murut dan lain-lain. Selaras dengan motto yang kerap beliau laungkan iaitu ‘Ketuanan Rakyat’.
 
Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan sekarang gagal dari segi menguruskan pentadbiran ketelusan badan kehakiman dan pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia. Apatah lagi jika dibicarakan soal ekonomi yang jauh merudum dengan kadar inflasi yang meningkat kini. Beliau menegaskan bahawa jika ada pihak yang percaya dengan dakwaan kerajaan dimana kadar inflasi negara berada pada tahap 3%, maka orang ini kurang cerdik.
 
Apa yang cuba Dato’ Seri Anwar tekankan disini adalah perjuangan yang bukannya berkenaan dengan susuk peribadi beliau yang dipertaruhkan, akan tetapi, soal negara dan bangsa. Bagaimana cara menjadikan Malaysia negara yang maju, dengan kadar pertumbuhan ekonominya memberangsangkan, dan pada masa yang sama rakyat tidak terbeban dengan kuasa membeli yang makin parah seperti apa yang dihadapi sekarang. Disamping itu, beliau menegaskan sekali lagi prinsip beliau wai’ma sebelum pilihanraya sekalipun dimana jika ditakdirkan perubahan kerajaan persekutuan akan berlaku bagi membolehkan Pakatan Rakyat memerintah, “Hari ini kita memerintah, esok kita turunkan harga minyak!” Ini jelas sekali mendapat sokongan positif dari seluruh warga Malaysia. Namun menurut beliau, pemerintahan negara ketika ini akan sentiasa mencari jalan bagi menafikan kenyataan ini.
 
Pada akhir ucapan beliau, beliau menyatakan kepada seluruh rakyat yang hadir pada malam tersebut bahawa banyakkan berdoa, bertahmid, dan beliau secara peribadi juga berdoa kepada Allah memohon semoga jika ini adalah satu ujian, jadikanlah ujian ini ujian yang terakhir bagi dirinya dan selitkan hikmah disebalik ujian ini kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya.
 
Wabillahitaufik Wal-hidayah. Wassalamualaikum Warohmatullahi-Ta’ala Wabarokatuh.
Salam reformasi, Salam perubahan. 
ahlifiQir

 

Julai 3, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , , | No Comments Yet

Gambar Saiful dengan tiga menteri,cetus konspirasi – Petikan Harakahdaily.net

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi
Harakahdaily
Mon | Jun 30, 08 | 6:38:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Jun  - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.Image Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan ‘perhubungan mesra’ Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato’ Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Image Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.

Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.

Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk ‘retaliation’ pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image

 

“Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. .

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Image Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

 

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam)

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana ancaman bunuh yang diterima beliau.

Hari ini Parti KeADILan Rakyat akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Bangunan Parlimen pada jam 1 tengahari.

Jun 30, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | | No Comments Yet

Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar terhadap pertuduhan kes beliau.

JUN 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Saya mengeluarkan kenyataan ini dari Kedutaan Republik Turki di Kuala Lumpur. Saya dihantar ke kedutaan tersebut awal pagi ini kerana menyedari nyawa saya di dalam bahaya. Saya berterima kasih kepada mereka yang menawarkan bantuan di saat yang memerlukan dan saya terhutang budi kepada Duta Turki di sini atas kesediaan beliau untuk menerima saya.

Semenjak dari pilihanraya 8hb Mac, ada beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati saya bahawa terdapat agen-agen kepimpinan Barisan Nasional telah pun memulakan plot untuk mencederakan saya, keluarga saya serta penyokong saya. Saya diberitahu kemungkinan adanya usaha untuk membunuh saya sebagai salah satu cara untuk menidakkan kehendak rakyat dan untuk mengakhiri proses perubahan yang sudah pun bermula di Malaysia.

Meskipun berhadapan dengan ancaman yang bertujuan untuk menutup mulut saya, keterangan baru mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan jenayah di dalam memalsukan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998 akan tetap didedahkan kepada umum.

Tuduhan yang dibuat pada hari Sabtu tersebut tidak lebih dari satu ulangan peristiwa yang berlaku pada tahun 1998 apabila saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, lalu dikurung dan dipukul, kemudiannya didakwa serta disabitkan bersalah di atas perbuatan yang tidak saya lakukan oleh sebuah mahkamah kangaroo.

Penipuan ini jelas dirancang oleh kepimpinan korup Barisan Nasional yang menggunakan seluruh aparat kekuasaan kerajaan termasuklah dengan mengawal badan kehakiman, pihak polis dan juga cengkaman ke atas media perdana. Perancangan jahat ini diulangi oleh kerajaan Barisan Nasional, bertujuan untuk melemahkan arus perubahan dan pembaharuan yang meletus semenjak pilihanraya Mac 2008.

Saya ingin menyatakan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan juga penyokong di Malaysia bahawa saya berada di dalam keadaan selamat dan tetap teguh seperti sebelumnya untuk terus berjuang demi Malaysia yang bebas dan adil.

ANWAR IBRAHIM

 

Jun 30, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , , , | 2 komen

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat perlindungan politi dari kedutaan Turki di Malaysia.

Sumber dipetik terus dari laman web Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

http://www.anwaribrahimblog.com

Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

p/s: Harapan sekalian penyokong dan sahabat agar Dato’ Seri dilindungi Allah dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Insha-Allah.

ahlifiQir

Jun 30, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , | No Comments Yet

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dituduh liwat pembantu khas beliau.

Bertarikh pada 29 Jun 2008, sekali lagi negara Malaysia digegarkan dengan berita gempar yang pernah menjadi tajuk utama 10 tahun dahulu yang kini berulang kembali di dada-dada akhbar nasional.  Pertuduhan terbaru ini yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau didakwa meliwat seorang lelaki bernama Saiful Bahari @ Saiful Bukhari Azlan yang juga merupakan pembantu khas di pejabat beliau.  Dalam pertuduhan kes tersebut, Saiful Bahari mendakwa Mantan Timbalan Perdana Menteri telah melakukan perbuatan seks terhadap dirinya pada beberapa hari lepas bertempat di salah sebuah kondominium di sekitar Damansara.  Walau bagaimanapun, dakwaan ini telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan kes ini merupakan konspirasi baru yang menggunakan pendekatan sama 10 tahun lalu yang bertujuan untuk ‘membunuh’ karier politik beliau tatkala ura-ura bertiup kencang Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampok pemerintahan negara. 

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa beliau dan timbalannya tidak langsung terlibat dalam mereka-reka perkara ini dan menyerahkan segala siasatan kes ini terhadap pihak PDRM. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Bakri Zinin, pihak beliau akan menjalankan siasatan telus bagi memastikan perkara ini mendapat keputusan yang wajar dan adil bagi kedua-dua pihak, tertuduh dan penuduh.

Sementara itu Y.B Dato’ Seri Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang merupakan Mursyidul Am PAS menyatakan rasa kesal beliau dan menganggap perkara ini adalah ‘mainan politik’ Umno-BN. Beliau juga menyatakan bahawa pertuduhan yang tidak berasas ini betujuan mencemar nama baik Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS & DAP.  Ujar beliau, jika mengikut hukum Islam, kes-kes seperti ini memerlukan saksi kerana perbuatan terkutuk ini dilakukan secara sulit dan bukannya secara terbuka seperti ditengah jalan.

Akhbar Nasional, Utusan Malaysia pada 30 Jun 2008 juga telah memaparkan kenyataan dari Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Menurut Khairy, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perkara ini sengaja direka oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan simpati dari rakyat.

Pada pendapat saya, waima apa pun dakwaan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, masakan ada seorang insan yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini sesudah kembali dari mengerjakan umrah di tanah suci beberapa hari lalu. Dan fikirkan secara logik, tergamak-kah anda merekacipta perkara terkutuk seperti ini yang mampu menjatuhkan maruah anda, keluarga, saudara-mara, sahabat handai, dan kenalan semata-mata demi kepentingan politik?  Fikirkan.

Arakian pertuduhan ini terhadap Dato’ Seri Anwar, saya yakin bahawa rakyat Malaysia akan berdiri teguh dibelakang beliau bagi memberikan sokongan moral tidak berbelah bagi terhadapnya.  Harapan rakyat agar sistem perundangan di Malaysia akan telus dalam penyiasatan ini tanpa membabitkan sebarang pengaruh politik dan konspirasi. Doa dan ikhtiar rakyat kepada Allah akan diteruskan. Semoga Allah memberikan kita petunjuk bukti, yang mana bebar dan yang mana palsu.

Insha-Allah.

ahlifiQir.

Jun 30, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , , , | No Comments Yet

Mahkamah beri Anwar ‘Lampu Hijau’-petikan Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR,17 Jun - Mahkamah Persekutuan di sini semalam memberikan lampu hijau kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bernama melaporkan panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang – sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya.

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.

Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.

Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi.

Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik.

Jun 17, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , | No Comments Yet

Perhimpunan Rakyat “Menuju Harapan Baru”

Pada 8 Jun, bertempat di Padang AU2, Taman Keramat KL, bermula jam 9.00 malam telah diadakan satu perhimpunan rakyat “Menuju Harapan Baru”. Antara penceramah yang berucap adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Y.Bhg. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak- YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa- YB Sdr. Azmin Ali serta ADUN Hulu Kelang- YB Sdr. Saari Sungib.

Antara isu hangat yang diperkatakan adalah mengenai kenaikan harga bahan api tatkala kerajaan sedia ada tidak mampu lagi menyalurkan subsidi petrol & diesel kepada rakyat. PKR de facto leader, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap dengan komitmen beliau memberi jaminan bahawa jika diizinkan Allah memegang tampok pimpinan negara, Pakatan Rakyat tetap dengan janji akan menurunkan harga bahan api tersebut. Menurut beliau lagi, kerajaan Pakatan Rakyat akan berjimat dalam perbelanjaan demi kesenangan rakyat.

ahlifiQir

Jun 9, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , , | No Comments Yet

Dato’ Seri Anwar Ibrahim ramal MP BN lompat seperti dirancang.

 
 
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Y.Bhg. Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata ahli Parliman BN akan menyertai Pakatan Rakyat sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September kelak.Pada masa ini, Pakatan Rakyat memerlukan bilangan seramai 30 orang ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat. Menurut Malaysiakini.com, beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit atas sebab-sebab keselamatan.

Beliau juga memaklumkan bahawa sesetengah daripada MP terpaksa terbang senyap-senyap ke negara jiran untuk mengadakan perbincangan bersama beliau. Oleh itu, adalah merbahaya jika beliau mendedahkan sebarang nama pada masa ini.

Beliau juga mengakui bahawa telah menemui sesetengah daripada mereka di Sabah, ketika dalam perjalanan ke Filipina semalam. Menurut beliau lagi, pengumuman mengenai ahli Parlimen BN menyertai Pakatan akan hanya didedahkan ketika Parlimen mula bersidang. Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan Rakyat.

Jun 9, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , | No Comments Yet