Sumber Inspirasi Semasa

Just another WordPress.com weblog

Percaturan Tun Mahathir? – Petikan harakahdaily.net

Keluar Umno: perangkap Mahathir untuk jerat Abdullah dan Anwar?
Basiron Abdul Wahab
Sat | May 24, 08 | 11:38:59 am MYT
 
Selepas Tun Mahathir meninggalkan Umno, Tun Musa Hitam kata duri dalam Umno dah tercabut, ertinya mahathir selama ini menjadi duri bagi Umno rupanya.

Tiba-tiba Ezam Mohd Noor juara Gerak pula dikatakan akan masuk Umno. Dulu Ezam pernah dakwa akan masuk Umno jika tindakan itu dapat mengeluarkan Dato? Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Ekoran itu Ezam dikatakan berbalah dengan Azman Ali lalu Ezam keluar KeAdilan. Ezam tidak menyertai PAS mungkin kerana PAS rakan KeAdilan, tidak manis bagi PAS menerima Ezam bekas pemimpin KeAdilan.

Ezam tiada pilihan melainkan mempopularkan Gerak bagi membenteras rasuah, Ezam menjelajah ke seluruh negara membicarakan tentang rasuah membuat laporan polis dan sebagainya.

Bagaimanapun keupayaaan Ezam tentulah terhad, tidak sehebat sewaktu dalam KeAdilan yang mempunyai stuktur lebih kukuh. Di Gerak hanya dia dan beberapa orang rakan karibnya sahaja.

Dalam pilihan raya 8 Mac lalu, Ezam tidak bertanding, tiada kerusi untuknya sama ada dari PAS, DAP atau lain-lain. Ezam tentunya sunyi, Ezam melihat rakan-rakannya telah menjadi Wakil Rakyat.

Azmin, Saifuddin sekadar beberapa nama semuanya telah menjadi YB, kenapalah tiada parti yang beri kerusi untuknya, Ibrahim Ali pun diberi kerusi.

Ezam tentu berasa cemburu kedudukanya semakin terpencil sedangkan rakan-rakannya gegak gempita meraikan kemenangan, dia sunyi Lalu masa terbaik untuk menyertai Umno ialah apabila Umno berada dalam keadaan kelam kabut, masa terbaik tiba jua apabila pemimpin Agong Umno meninggalkan parti.

Sekalian Umno sedih dengan pemergian Tun, ramailah ahli Umno yang dukacita sedih bimbang ajal Umno sudah tiba. Lalu Ezam datang mengisytiharkan diri menyertai Umno, walaupun Ezam tidak setanding Adi jagat itu, tetapi sekurang-kurangnya ada juga orang yang mahukan Umno dan Orang itu ialah Ezam Mohd Noor tokoh memerangi rasuah!.

Kemungkinan Ezam menyertai Umno mungkin disebabkan bapa rasuah (persepsi Ezam) telah meninggalkan Umno, ertinya umno sudah bersih dari rasuah! Jika tidak masakan Ezam boleh menyertai parti kaki rasuah yang didakwanya sebelum ini. Kemungkinan kedua ialah Ezam merupakan mengikut setia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ramai yang percaya walaupun Ezam meninggalkan KeAdilan, tetapi hubunganya dengan Anwar tidak pernah putus, siapakah jika bukan Ezam yang sanggup berbuat apa saja untuk membebaskan Anwar dahulu.

Ezam pernah berkata dia sanggup menyertai Umno andainya itu syarat untuk membolehkan Anwar bebas, siapa tau Anwar bebas dengan perjanjian sulit Ezam!.

Jika benar apa yang berlaku ini, senario politik negara bakal berubah dan Anwar semakin hampir untuk mendapatkan semula haknya sebagai perdana menteri yang terlepas kepada Abdullah Badawi.

Dan Ezam adalah bidak percaturan Anwar yang mengorbankan diri semata-mata untuk membolehkan Anwar kembali ke dalam Umno semula!. Ezam sedang merintis jalan ke Putrajaya.

Tun Mahathir sudah menghidu terlebih dahulu percaturan politik Abdullah-Anwar ini. Justeru beliau tidak boleh bertahan lebih lama untuk melepaskan bomnya sebagai ancaman kepada Abdullah supaya segera melepaskan jawatannya kepada Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sedangkan Najib bagi Abdullah bukanlah orang sesuai untuk menjadi penggantinya kerana mempunyai pelbagai isu yang diperkatakan rakyat. Perlu diingat Najib gagal dalam ujian sebagai pengarah pilihan raya BN dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Najib bercakap berapi-api di televisyen untuk menyapu bersih Kelantan, rupa-rupanya bukan PAS yang disapunya, BN yang nyaris disapu bersih oleh PAS di Kelantan.

Najib hanya berjaya meningkatkan majoriti undi dilubuk sendiri iaitu di Pekan dan Rompin sedangkan di Pahang keseluruhannya, enam kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat, dua PAS, dua DAP dan dua Perlimen oleh KeAdilan.

Adalah jelas, Najib tidak sehebat Anwar yang menguasai timur dan barat. Anwar ada imej Islam, Anwar ada imej korporat, Anwar ada segala ramuan untuk memimpin Malaysia ia dihormati PAS dan DAP dari kalangan pembangkang.

Siapalah Najib berbanding Anwar, hanya Mahathir dan pemimpin Umno Pahang sahaja yang mati-matian mahu Najib menjadi perdana menteri tetapi malangnya satu demi satu tokoh ‘kumpulan penyokong’ pro Najib tersungkur. Lihat saja Abdul Razak Baginda dan kini Jamaluddin Jarjis (JJ) sudah dilumpuhkan dan dijatuhkan kerana wanita jelita!. Malang sungguh. Jarjis yang menang besar di Rompin kini diberitakan sudah jarang pulang menjenguk kawasan, tiba-tiba Abdullah mengambil pula tokoh yang tidak dibantu JJ, Dato’ Maznah Mazlan menjadi Timbalan Menteri.

Ia suatu penghinaan lagi kepada JJ sekali gus memalukan Najib. Dalam banyak?banyak ahli parlimen dari Pahang Maznah seorang Adun pula diambil Abdullah, ia sungguh memalukan sekalian ahli parlimen dari Pahang yang ramai itu.

Untuk apa Abdullah berbuat begitu jika tidak kerana untuk memalukan Najib!. Ini kerana semua ahli parlimen dari Pahang itu semua adalah orang Najib, Abdullah mahukan mereka berada di dalam barisan menterinya. Bagi Mahathir, dia sudah nampak bahaya bakal menimpanya jika Najib gagal menjadi perdana menteri, lebih lagi dia tidak gembira jika Anwar menjadi pardana menteri.

Justeru sebagai peluru terakhirnya, beliau keluar dari Umno dan mengajak ahli-ahli parlimen mengikuti jejaknya kemudian. Tindakan Mahathir itu tentunya untuk mengacau Abdullah dan Anwar.

Mahathir menggunakan serampang dua mata dalam tindakanya kali ini, bagi Abdullah perlu diganggu dan Anwar perlu ‘dibunuh’ untuk kali keduanya. Percubaan membunuh Anwar dahulu telah digagalkan Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin yang bertanding ke rumah Anwar kerana menghantar dokumen perjalanan Anwar untuk keluar negara sebaik dibebaskan dari penjara.

Fakta ini tidak wajar dilupakan sesiapa, Khairy sememangnya mempunyai jasa kepada Anwar. Bayangkan apa terjadi jika ada ahli parlimen BN meninggalkan BN menuruti jejak Mahathir, katanya sudah 30 orang ahli parlimen menyertai kumpulan Mahathir, Ketika itu komposisi kerusi parlimen ialah BN (110) Pakatan Rakyat (82) kumpulan Mahathir (30).

Ini bermakna kumpulan Mahathir mempunyai kuasa tawar menawar yang kuat. Mereka diperlukan oleh BN dan Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Jika BN mahu meneruskan penggal pemerintahan, mereka sudah tiada kekuatan kerana majoriti parlimen berada ditangan Pakatan Rakyat dan kumpulan Pro Mahathir dengan julah 112 berbading 110!.

Nah, inilah percaturan starategi Mahathir yang hebat untuk mengajar Abdullah dan Anwar sekali gus. Jika ini perlaku maka tidak syak lagi akan bermulalah era baru dalam politik negara.

Abdullah tidak mempunyai pilihan melainkan dua, iaitu beliau akan membubarkan parlimen atau menggunakan kuasa tradisional Umno /BN iaitu ISA!

Mei 27, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , , , , , , , , , , | No Comments Yet

Tun sifatkan di Malaysia ada yang layak jadi Presiden Israel-petikan harakahdaily.net

Di Malaysia ada yang layak jadi Presiden Israel – Mahathir
Wed | May 21, 08 | 6:31:02 am MYT 

ALOR STAR, 21 Mei – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul terhadap Palestin pada sidang baru-baru ini. “Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,”ujarnya pada ceramah ‘Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12′ anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini baru-baru ini.

Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel.

“Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,”ujarnya penuh sinis.

Mei 21, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , | No Comments Yet

Umno kian merosot – Suara KeADILan.

Petikan ini diadaptasi dari akhbar online ‘Suara Keadilan’ oleh ahlifiQir.

KUALA LUMPUR, 20 Mei (SK) - Dalam kenyataan Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengenai keputusan bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad untuk keluar dari Umno telah mencerminkan krisis parti berkenaan yang kian merosot di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela.

“Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih,” Kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Walaubagaimanapun menurut Anwar, seharusnya rakyat dan parti KeADILan mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.

Oleh yang demikian, dengan masalah Umno yang semakin merundum, Anwar mengajak seluruh rakyat yang prihatin mengenai kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara  untuk menyertai KeADILan

“Memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia” Katanya lagi.

Mei 20, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , | No Comments Yet

Mahathir ceraikan Umno – petikan Harakahdaily.net

Mahathir ceraikan parti dalam Umno hadapi ‘Taufan Nargis’
 
Tanpa disangka-sangka, ahli seumur hidup Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengeluarkan kenyataan keluar dari parti nasionalis itu serta-merta kerana tidak yakin dengan kepimpinan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.Selepas lebih dua tahun, Mahathir berkelana bersama beberap rakan veterannya termasuk Sanusi Junid menghentam Abdullah, kini beliau merealisasikan hentamannya itu dengan bertindak keluar parti.Alasan yang diberikan tidak lari dari permasalah kerajaan dan parti yang dipimpin seorang Perdana Menteri yang sering digelar sebagai ‘penidur’.

Jika sebelum ini, kritikan Mahathir terhadap Abdullah sering disulami dengan alasan bahawa bekas Perdana Menteri itu sayang dengan Umno, namun kini ‘lafaz cerai’ telah disebutkan.

Sanusi antara pemgikut setia Mahathir yang turut serta meninggalkan parti nasionalis itu, dan kini rakyat menunggu anak bekas Perdana Menteri itu (Mukriz) pula berbuat demikian.

Bagaikan ‘Taufan Nargis’ menghentam segenap bumi Myanmar, kini taufan itu menghala kepada Umno yang sedang meranapkan binaan asas Umno yang ditegakkan beberapa kali selepas beberapa kali krisis berlaku termasuk semasa era Dato’ Onn Jaffar, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn dan Tun Dr Mahathir sendiri.

Kemuncak

Peletakan jawatan Mahathir ini dilihat sebagai satu kemuncak kemarahannya tatkala Umno pada tahun 2004 dikatakan terlalu kukuh dengan Mahathir meninggalkan kerajaan dan parti kepada Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno.

Ramai yang menyangka, panas yang dibawa Abdullah akan sampai ke petang, tetapi rupa-rupanya hujan dan ribut petir malah ‘Taufan Nargis’ melanda Umno di tengahari.

Bagi yang tidak menyukai Mahathir kerana rekod buruknya tentunya tindakan Mahathir keluar parti adalah ‘tulah’ dan pembalasan yang kena padanya kerana kezaliman lampau.

Bagi yang bosan dengan sikap Mahathir yang selepas meletak jawatan dari kerajaan masih mahu bercakap soal kerajaan lagi, keluarnya Mahathir daripada Umno adalah satu kelegaan.

Khairy lega

Seperti kata Musa Hitam bahawa ‘duri dalam daging’ dalam Umno sudah keluar.Tentunya, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin adalah orang yang paling gembira dengan keputusan ini.

Khairy antara individu utama yang menyebabkan permusuhan antara Perdana Menteri dengan Mahathir semakin kronik, malah ia merebak kepada anak bekas Perdana Menteri itu, MUkriz yang turut serta mengkritik kegagalan Abdullah.

Keluarnya Mahathir daripada Umno mungkin bagi Khairy satu kelegaan, namun sesekali beliau tidak boleh melupakan bahawa bekas ‘boss’ kepada bapa mertuanya itu mempunyai ramai lagi proksi dalam Umno yang masih setia kepadanya.

Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat sudah kurang ’sebulu’ dengan Mahathir, namun tidak dapat dinafikan ‘kasih sayang’ antara Najib-Mahathir sebenarnya masih wujud.

Najib masih proksi Mahathir

Timbul ’syak’ di kalangan ahli dan pemimpin Umno di peringkat bahagian selepas Mahathir dan beberapa pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan mendesak Abdullah melepaskan jawatan dan menamakan Najib sebagai pengganti.

Ada yang melihat bahawa kegagalan Abdullah mempertahan majoriti dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya Umum lalu adalah kejayaan kempen Mahathir meletakkan Najib sebagai galang ganti kepada Abdullah hingga wujud desakan peralihan kuasa.

Namun ada juga yang sinis dengan perkembangan itu sambil meletakkan harapan yang masih menggunung kepada Abdullah untuk terus mentadbir Umno dan negara.

Satu yang pasti, Najib sudah menyatakan ’signal’ kepada Mahathir akan taat setianya kepada bekas ‘boss’ nya itu dengan kenyataan bersedia untuk bertemu dengan Mahathir.

Keluarnya Mahathir dari Umno memperlihatkan parti itu semakin parah seperti kata bekas Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga musuh kepada Mahathir sejak tahun 1998.

Duduk semeja

Namun apa yang lebih penting, tindakan Mahathir keluar Umno ini harus dipandang lebih objektif memandangkan bukan sahaja Mahathir yang mengkritik Abdullah, namun Anwar, pemimpin PAS, Tengku Razaleigh Hamzah, NGO dan seluruh rakyat sebenarnya tidak setuju dengan kaedah Abdullah mentadbir Malaysia.

Transisi kepimpinan negara perlu berlaku segera seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dengan kelompok-kelompok yang tidak setuju dengan Abdullah ini duduk semeja berbincang mengenai soal kepentingan negara.

Ini kerana bagi mahfuz kepentingan negara itu adalah yang paling penting dari terus membincangkan kemelut dalaman Umno yang tak berkesudahan.

Namun cadangan ini mungkin sukar dilaksanakan kerana umum mengetahui tiga tokoh yang mengkritik Abdullah (Mahathir, Anwar dan Tengku Razaleigh) punyai ‘kisah silam’ antara satu sama lain.

Begitupun misi menyelamatkan negara adalah lebih utama, dan bermula dengan ‘Taufan Nargis’ yang ditinggalkan Mahathir kepada Umno ini, rakyat perlu bersedia akan sebarang perubahan, mahupun krisis yang lebih dahsyat yang mungkin akan berlaku.

Misi utama ialah menyelamatkan negara dari ‘kerajaan tiga beranak’ dan bukannya menyelamatkan Mahathir atau Abdullah sebagai seorang manusia yang masing-masing pernah dan masih bergelar Perdana Menteri atau Presiden Umno.

ahlifiQir:  Sejak 8 Mac 2008, pelbagai musibah melanda parti Umno. Renung-renungkan.

Mei 20, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , , | No Comments Yet

Apakah rasional pengunduran Tun M?

Apakah rasionalnya apabila Tun Dr. Mahathir seorang ahli Umno berdaftar seumur hidup mengumumkan pengunduran beliau dari parti Umno? Adakah ianya disebabkan oleh alasan peribadi atau sudah mual dengan caci-maki anggota-anggota kabinet serta ahli Umno yang lain terhadapnya? Tindakan beliau ini telah mendapatkan pelbagai respon dari ahli politik mahu pun penganalisis politik tempatan serta antarabangsa, tanpa mangambil kira dari fahaman Barisan Nasional sendiri atau Pakatan rakyat sekalipun. Apa pun tindakan yang diambil beliau pasti ada alasan tersendiri. Mungkin beliau merasakan bahawa tiada gunanya lagi beliau berada didalam parti memandangkan kenyataan beliau kepada wartawan tempoh hari menyatakan bahawa dirinya tidak mendapat sokongan dari pemerintahan pucuk pimpinan hatta akar umbi parti itu.

Adakah dengan pengunduran beliau ini bermaksud bahawa Tun Dr. Mahathir mempunyai agendanya tersendiri dalam memperjuangkan nasib Umno supaya ia masih relevan di mata & hati rakyat Malaysia serta memikirkan cara untuk menjatuhkan takhta Presiden Umno yang ada pada masa ini?

Fikir-fikirkan.

ahlifiQir.

Mei 20, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , | No Comments Yet

Tun Mahathir keluar Umno

Lebih kurang jam 12.30 tengahari tanggal 19 Mei 2008 bertempat di Alor Setar, menyaksikan Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan beliau keluar dari parti UMNO-BN. Ini telah minimbulkan kekecohan dikalangan pucuk pimpinan parti itu dengan menganggap tindakan Tun itu seolah-olah ingin memecah-belahkan ahli Umno serta permuafakatan masyarakat Melayu khususnya. Beliau yang juga menyarankan kepada beberapa ahli Umno yang lain agar mengikut jejak langkahnya. Beliau berkata, tindakan ini diambil ekoran sayangkan parti Umno serta ketidakpuas hati beliau akan corak pemerintahan Perdana Menteri sekarang, Y.A.B Datuk Seri Haji Abdullah Badawi. “Selagi Pak Lah tidak meletakkan jawatan sebagai Presiden umno, selagi itu saya tidak akan menyertai Umno” ujar Tun Mahathir yang menyifatkan Pak Lah sebagai punca kekalahan teruk parti Umno dan Barisan Nasional khasnya pada Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini. Beliau juga menyarankan kepada ahli Umno yang lain meninggalkan parti itu dan tidak menyertai mana-mana parti yang lain.

Ditanya samada beliau keluar dari parti Umno kerana berhadapan dengan kes mahkamah atas pertuduhan video klip  V.K.Lingam, beliau menafikan tuduhan tersebut. Sebaliknya ujar beliau, kes mahkamah yang dihadapinya tidak mempunyai kaitan langsung dengan tindakannya keluar dari parti Umno.

Ini jelas membuktikan bahawa terdapat pergolakan yang tidak sihat serta perebutan kuasa antara ahli di dalam pemerintahan Umno. Demikian bermakna Tun Mahathir juga terpaksa akur bahawa Umno tidak lagi relevan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di Malaysia.

ahlifiQir.

Mei 20, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | | No Comments Yet

Usikan Azmin Ali buatkan Khairy melenting.

Parlimen yang bersidang pada 15 Mei 2008 menyaksikan Ahli Parlimen Rembau-BN, Y.B Khairy Jamaluddin melenting apabila diusik secara verbal oleh Ahli Parlimen Gombak-PKR, Y.B Azmin Ali. Kenyataan Y.B Gombak itu muncul ketika beliau sedang ingin mengemukakan soalan yang ke-6 kepada dewan. “Parlimen ini bising seperti pasar kerana adanya pengerusi pasar dari Rembau” ujar Azmin dan ini menyebabkan dewan riuh dengan hilai ketawa dari Ahli Parlimen yang lain.

ahlifiQir.

Mei 16, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , | No Comments Yet

Anwar Ibrahim muncul individu Malaysia tersenarai di Majalah Time.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah muncul sebagai satu-satunya tokoh di Malaysia yang telah tersenarai sebagai ”100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia” atau lebih dikenali sebagai Time 100.

Untuk pengetahuan sekalian, Majalah Time merupakan majalah korporat yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Setiap tahun majalah ini akan mengadakan senarai “100 individu paling berpengaruh di dunia”. Pada kali ini, Time telah menyenaraikan satu-satunya individu dari Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau dikategorikan dibawah senarai kolum “Ketua & Pencetus Revolusi”. Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap diri beliau sekaligus menjadikan Malaysia dikagumi dimata dunia kerana selama ini Malaysia tidak pernah ada wakil yang disenaraikan didalam majalah tersebut. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mencatatkan coretan dalam sejarah dunia apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang disenaraikan oleh Time serta lebih menarik lagi, beliau telah menduduki tempat 10 teratas didalam senarai tersebut. Sebaris dengan Barrack Obama, Hillary Clinton, George W. Bush, Vladimir Putin dan ramai lagi. Senarai penuh adalah seperti dibawah. Bagi mereka yang ingin melayari laman web Time magazine sila klik link dibawah ini.
 
  

Mei 16, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , | 1 Komen