Anwar Ibrahim muncul individu Malaysia tersenarai di Majalah Time.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah muncul sebagai satu-satunya tokoh di Malaysia yang telah tersenarai sebagai ”100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia” atau lebih dikenali sebagai Time 100.
Untuk pengetahuan sekalian, Majalah Time merupakan majalah korporat yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Setiap tahun majalah ini akan mengadakan senarai “100 individu paling berpengaruh di dunia”. Pada kali ini, Time telah menyenaraikan satu-satunya individu dari Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau dikategorikan dibawah senarai kolum “Ketua & Pencetus Revolusi”. Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap diri beliau sekaligus menjadikan Malaysia dikagumi dimata dunia kerana selama ini Malaysia tidak pernah ada wakil yang disenaraikan didalam majalah tersebut. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mencatatkan coretan dalam sejarah dunia apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang disenaraikan oleh Time serta lebih menarik lagi, beliau telah menduduki tempat 10 teratas didalam senarai tersebut. Sebaris dengan Barrack Obama, Hillary Clinton, George W. Bush, Vladimir Putin dan ramai lagi. Senarai penuh adalah seperti dibawah. Bagi mereka yang ingin melayari laman web Time magazine sila klik link dibawah ini.
1 Komen »
Tinggalkan komen
-
Arkib
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (2)
- Jun 2008 (8)
- Mei 2008 (8)
-
kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar

Patulah Pak Anwar mendapatkan apresiasi itu. Mudah-mudahan bermanfaat bagi kemajuan rakyat dan negara Malaysia.
aku ada menulis esai ringan mengenai Pak Anwar :
http://ayomerdeka.wordpress.com/2008/05/17/kisah-anwar-ibrahim-mirip-film-india/
Terima kasih
Salam persahabatan dari Indonesia