Tun sifatkan di Malaysia ada yang layak jadi Presiden Israel-petikan harakahdaily.net
| Di Malaysia ada yang layak jadi Presiden Israel - Mahathir |
| Wed | May 21, 08 | 6:31:02 am MYT | |
|
ALOR STAR, 21 Mei - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul terhadap Palestin pada sidang baru-baru ini. “Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,”ujarnya pada ceramah ‘Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12′ anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini baru-baru ini. Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel. “Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,”ujarnya penuh sinis. |
Tiada komen.
Tinggalkan komen
ahlifiQir
Segala penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi ahlifiQir tentang perjalanan isu semasa yang berlaku di negara ini. Terdapat beberapa penulisan di adaptasi dari blog/laman web lain yang mana penulis merasakan ia bersesuaian dan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih kepada semua pelayar laman blog ini. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak maklumat yang bermanfaat. Insya-Allah.
ahlifiQir
-
Arkib
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (2)
- Jun 2008 (8)
- Mei 2008 (8)
-
kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar
