Bala tarik balik akuan berkanun
Jul 4, 08 11:18am
Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.
Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.
Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.
Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.
Semalam, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.
Tetapi hari ini beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru, yang diumumkannya hari ini.
“Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama,” katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.
Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib- Malaysiakini.
Pada 3 Julai Malaysia dikejutkan oleh Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam, seorang bekas anggota polis yang kemudiannya diambil bekerja sebagai penyiasat persendirian suspek utama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda.
Namun pada hari ini (4 Julai 2008), sekali lagi bekas penyiasat persendirian ini melakukan sesuatu tindakan yang agak menggemparkan dimana beliau secara terangan menarik balik akuan bersumpah yang disiarkan kepada umum semalam dimana ia difailkan pada 1 Julai 2008 atas alasan beliau berada dalam keadaan dipaksa semasa melakukan akuan bersumpah tersebut. Oleh itu, dia akan menarik semula akuan bersumpah yang pertama dan akan digantikan dengan yang baru kelak.
Disini, wai’ma apa pun alasan diberikan oleh P. Balasubramaniam, hakikatnya akuan bersumpah pertama telah dikeluarkan olehnya dan telah diketahui umum. Adakah rakyat akan mempercayai akuan bersumpah kedua yang akan dibuat kelak? Adakah rakyat percaya bahawa dia tidak dipaksa semasa mengarang akuan bersumpah yang baru ini?
Nampaknya senario politik tuduh-menuduh di Malaysia ini menjadi semakin menarik dan berwarna-warni..Mungkin akuan bersumpah ini adalah trend baru bagi menggantikan surat layang..Haha!
![]()
Sama-sama kita saksikan kesudahan telenovela terbaru ini…
Tiada komen.
Tinggalkan komen
-
Arkib
- Ogos 2008 (1)
- Julai 2008 (2)
- Jun 2008 (8)
- Mei 2008 (8)
-
kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar
