Sumber Inspirasi Semasa

Just another WordPress.com weblog

Projek 3P

Hari ini, tanggal 26 September 2008 menyaksikan pertembungan antara Parti Keadilan Rakyat dengan calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang calon Parti Barisan Nasional, Datuk Ariff Shah Omar Shah dalam pilihanraya kecil bagi merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Hari ini digambarkan seolah-olah suatu ‘judgement day’ bagi seluruh rakyat Malaysia bagi menentukan halatuju Malaysia, dan samada Malaysia ini akan dipimpin oleh BN atau Pakatan Rakyat kelak.

Pada pilihanraya kecil ini juga penentu samada projek 3P- Permatang Pauh, Parlimen, Putrajaya – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sukses atau sebaliknya. Ramai pemerhati menganggap situasi ini adalah ‘Do or Die’ bagi Anwar Ibrahim, dimana jika beliau berjaya, maka kemungkinan besar projek 3P beliau akan berjaya, dan jika sebaliknya berlaku, kemungkinan karier politik beliau dijangkakan akan terkubur selamanya.

Media arus perdana terus memainkan peranannya sebagai penglipur-lara BN dalam mencanang keburukan peribadi Calon PKR itu. Namun, segala keputusan kelak bukannya ditentukan oleh Media dan penguasa atasan BN. Tetapi, ia ditentukan oleh RAKYAT! Rakyat yang menetukan samada Anwar masih relevan dalam kancah arena politik negara atau BN yang sudah tidak relevan dalam memperjuangkan hak rakyat.

Peranan media massa yang dikuasai BN berterusan menyentuh hal peribadi calon PKR itu. Sebaliknya berlaku pada setiap ceramah Anwar dimana beliau menyatakan halatuju dan perubahan positif yang akan dibawa beliau kelak.

Sama-sama kita nantikan keputusan yang akan diumumkan pada malam ini. Saya pasti seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan berdebar-debar bagi mengetahui keputusan pihanraya kecil ini.

p/s: Bagi mengetahui perkembangan semasa di Kaw. Parlimen P44- Permatang Pauh, sila layari laman blog Sdr. Hishamuddin Rais.

http://tukartiub.blogspot.com

 

ahlifiQir

Ogos 26, 2008 DIkirim oleh ahlifiqir | Isu Semasa | , , , , , , | No Comments Yet